CQ.CQ

Monday, August 2, 2010

10m telescopic antenna

Ermm, bertambah lagi accessory untuk qrp set aku ni. Terima kasih kepada 9w2di memperkenalkan antenna ni kepada aku dan terima kasih juga kepada rakan ku 9w2bzi yang sudi menolong aku memesan antenna ini.
Sebenarnya  ada juga terdetik di dalam kotak fikiran ku sebelum ini tentang telescopic antenna ini cuma tak yakin samada wujud atau tidak di pasaran.

Dan akhirnya 9w2di memperkenalkan antenna yang memang aku dok cari selama ini. Jadi ini adalah pelengkap kepada qrp set FT817nd ku dan dxing yang  pertama menggunakan antenna telescopic ini akan ku jalankan di langkawi iaitu hari yang sama berlangsungnya JOTA. Ku harap antenna ini tak akan menghampakan tuannya dan jika berjaya maka sejarah akan tercipta dalam dunia qrp khasnya sebagai pembakar semangat untuk rakan-rakan ham yang baru nak kenal dengan dunia qrp ini

bukti, qrp memang boleh....

Salam satu malaysia semua, haa..yang ditunggu telah pun tiba bukti qsl yang membuktikan bahawa qrp memang boleh..sekiranya anda yakin boleh.
Hari ini aku telah terima 2 keping qsl card , satu daripada 9W2ESM bang sham di Johor dan satu lagi dari Mr Tada JA1FIO dari Jepun..

Sepenuh kepercayaan ku berikan kepada FT817nd aku ini dan akhirnya terbalas jua dan kepuasan sudah mula dirasai di 10m ini walaupun agak mencabar dengan qrp set aku ini. Berbekal kan antenna homebrew delta loop dan juga ketinggian lebih kurang 50 kaki akan ku teruskan lagi penjelajahan ku di dalam dunia qrp ini. So kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari atau masih dok pening nak beli yang mana satu, saya syorkan kepada anda bahawa set qrp ini memang berbaloi.

Jangan sesekali anda menyesal dengan apa yang anda miliki dan mengutuk apa yang anda tak dapat miliki, sebaliknya cuba menghargai apa yang dah dimiliki nescaya hidup anda akan tenang dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

QRT 73.