CQ.CQ

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.

'Kemana menghilang,dah tak mau main radio dah ka " hehe itu adalah pertanyaan biasa apabila berjumpa dengan rakan -rakan radio. Untuk info rakan-rakan, bukan sudah merajuk ataupun sudah hilang minat dalam dunia radio amatur ini, cuma masa yang tak mengizinkan untuk turut serta dalam aktiviti yang dirancang rakan-rakan.
Kebanyakan masa banyak dihabiskan di saltmine dan masa yang ada untuk dunia ham hanyalah boleh untuk sekadar monitor di frekuensi sahaja. Insyaallah mungkin sedikit masa lagi aku akan kembali aktif di 10m bersama dengan ND LALA kesayangan aku, sudah lama tak memancar di 10m rindu  pula dengan bunyi qrm .
Nampak gayanya di 10m sekarang ni sudah menunjukkan ramai peminat yang ingin mencuba dunia tanpa sempadan, Syabas..nanti saya akan join anda semua selepas urusan kerja saya kembali berjalan seperti sedia kala..
Jadi sempena Bulan yang penuh keberkatan ini ,ingin saya memohon maaf andaikata ada tersalah atau terkasar bahasa semasa qso atau didalam penulisan blog ini.

Sekian 9w2icq 73.