Saja kebetulan aku teringin nak bertukar angin daripada 2m kepada 10m, dalam kotak fikiran aku ini tertanya-tanya seronok ka main radio ini....pasti seronok la...kalau tak takkan aku nak ambil lesen kot dan berhabis beribu ringit beli itu ini semua pasai radio saja...
namun setelah aku bertemu dengan seorang rakan dari kedah , soalan aku terus terjawab apabila rakan tersebut berkesudian melapangkan masa menunjuk ajar aku berapa seronoknya main hf ni terutama kat 10m.
yer la..dalam AA ada memberi kepada kita untuk mempergunakan 10m band tapi sekiranya tidak digunakan adalah amat ruginya kita.....so dalam pada aku tertanya -tanya set apakah yang sesuai untuk aku sebagai permulaan dalam mencari pengalaman baru ini , jadi aku diberi cadangan supaya mengambil qrp rig jenis yaesu ft817 kerana menurut beliau itu adalah set yang terbaik buat masa kini dan senang dibawa kemana saja.
dengan kuasa pancaran 5w sahaja rasanya sudah cukup untuk aku sekiranya aku dapat set up satu antenna yang bagus untuk aku gunakan.
jadi aku masih menunggu rig idaman aku tu sampai semoga rakan-rakan aku tu nanti jangan meleleh air liur bila nampak set baru ku ini masa eyeball nanti, jom pakat -pakat monitor 10m hehehe...
No comments:
Post a Comment