CQ.CQ

Saturday, July 3, 2010

DIAGRAM FOR YAGI UDA

Salam satu malaysia untuk semua pembaca, agak qrl kebelakangan ini disamping keringnya idea dan tak tahu nak tulis apa lalu aku terpandang satu diagram yang agak simple dan murah.
lalu aku bersama seorang rakan dan seorang guru telah sepakat untuk mencuba diagram ini...lalu terhasil jua apa yang dikatakan yagi ini...kerana sebelum ini aku belum pernah berpeluang menggunakan sebarang antenna yagi untuk pemancaran.
kepada cikgu ruzi...terima kasih yang tak terhingga kerana sudi berkongsi pengetahuan dan juga peralatan serta tenaga bagi membantu rakan-rakan yang dahagakan ilmu seperti kami ini.

inilah hasilnya setelah siap dan cuma tunggu untuk ujian pemancaran sahaja...untuk info rakan-rakan bacaan pada swr adalah 1.1... dan amat berbaloi untuk dicuba bersama kawan-kawan seperti kata pepatah" bukan ham jika tanpa homebrewnya"..sekian zam9w2icq..happy homebrew and happy dxing...73

Tuesday, June 22, 2010

10m telescopic antenna

tunggu kemunculan antenna yaesu ft817nd telescopic untuk 10m dan lepas ni..heheh boleh bawa pi eyeball  sambil makan -kita boleh dok cq-cq kasi panasss...

Thursday, June 17, 2010

from malaysia to japan

salam satu malaysia semua para pembaca, akhirnya pada 17.06.2010 iaitu pada jam 19.15pm aku telah berjaya bekerja dengan satu stesyen dari jepun (JA1FIO) . Walaupun hanya berbekalkan yaesu ft817nd dengan kuasa 5watt sahaja aku berjaya juga walau percubaan demi percubaan di lakukan dan akhirnya panggilan aku di jawab. Ini adalah satu kepuasan yang amat sangat walaupun signal report yang diberi kurang memuaskan disebabkan banyak qrm, tapi aku berpuas hati bekerja dengan rig kesayangan ku ini.
terima kasih pada rakan-rakan yang banyak memberi semangat pada ku...dan insyaallah petang ni kita cuba lagi...
zam9w2icq.73

Thursday, June 3, 2010

Frekuensi baru

9M4RBB

untuk info kepada rakan-rakan yang melalui kawasan utara ini atau yang sedang merancang melalui kawasan utara bolehlah mengakses ke repeater 9M4RBB dengan frekuensi yang baru iaitu 145.7375 tone 103.5 dan minus 0.600. semoga perjalanan anda akan bertambah lancar dan selamat hendaknya.
wassalam -zam9w2icq.

Wednesday, May 5, 2010

QRP SET.




Saja kebetulan aku teringin nak bertukar angin daripada 2m kepada 10m, dalam kotak fikiran aku ini tertanya-tanya seronok ka main radio ini....pasti seronok la...kalau tak takkan aku nak ambil lesen kot dan berhabis beribu ringit beli itu ini semua pasai radio saja...
namun setelah aku bertemu dengan seorang rakan dari kedah , soalan aku terus terjawab apabila rakan tersebut berkesudian melapangkan masa menunjuk ajar aku berapa seronoknya main hf ni terutama kat 10m.
yer la..dalam AA ada memberi kepada kita untuk mempergunakan 10m band tapi sekiranya tidak digunakan adalah amat ruginya kita.....so dalam pada aku tertanya -tanya set apakah yang sesuai untuk aku sebagai permulaan dalam mencari pengalaman  baru ini , jadi aku diberi  cadangan supaya  mengambil qrp rig jenis yaesu ft817 kerana menurut beliau itu adalah set yang terbaik buat masa kini dan senang dibawa kemana saja.
dengan kuasa pancaran 5w sahaja rasanya sudah cukup untuk aku sekiranya aku dapat set up satu antenna yang bagus untuk aku gunakan.
jadi aku masih menunggu rig idaman aku tu sampai semoga rakan-rakan aku  tu nanti jangan meleleh air liur bila nampak set baru ku ini  masa eyeball nanti, jom pakat -pakat monitor 10m hehehe...

Tuesday, February 9, 2010

RAE RESULTS

Tu dia dah keluar rupanya results hari ini, emm..mesti ada yang ceria , geram, kecewa rasa tak mau main radio dah dan juga macam- macam rasa lagi yang tak di nyatakan disini.
Tapi ini semua adalah lumrah bagi setiap kali result rae keluar , perasaan yang macam2 ada ini memang tak boleh control punya namun sekiranya anda sudah lulus dan bakal mempunyai 9w2 maka janganlah anda lupa dari mana anda bermula.
Maka lepas ni makin bertambah lah jumlah rakan -rakan ham di malaysia ini. Untuk rakan -rakan yang gagal dalam percubaan kali ini, janganlah anda tertekan kerana peluang masih tersedia buat anda sebab gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya kerana anda masih boleh bangun untuk cuba dan cuba lagi.
Apa pun tahniah sekali lagi buat rakan - rakan yang lulus dan yang kurang bernasib baik boleh hantar lagi borang permohonan dan sekiranya ada kelas yang di anjurkan seboleh- bolehnya lapangkan lah masa anda untuk menghadirinya sebab banyak ilmu yang dapat kita pelajari disana sebab malu bertanya sesat jalan..wassalam...zam9w2icq-73

Monday, January 25, 2010

RAE DATANG LAGI

21JAN01 – Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010
21 January 2010

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the first series of Radio Amateur Examination (RAE) and the Morse Code Test (CW) for the year 2010.

The Morse Code Test (CW) will be held at 10.00 a.m. on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Applications close at 5.00 p.m. on 5 February 2010.

The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 p.m. on 14 April 2010 at locations in the Northern and Central Regions of Peninsular Malaysia. Applications close at 5.00 p.m. on 12 February 2010.