Tuesday, June 22, 2010
10m telescopic antenna
tunggu kemunculan antenna yaesu ft817nd telescopic untuk 10m dan lepas ni..heheh boleh bawa pi eyeball sambil makan -kita boleh dok cq-cq kasi panasss...
Thursday, June 17, 2010
from malaysia to japan
salam satu malaysia semua para pembaca, akhirnya pada 17.06.2010 iaitu pada jam 19.15pm aku telah berjaya bekerja dengan satu stesyen dari jepun (JA1FIO) . Walaupun hanya berbekalkan yaesu ft817nd dengan kuasa 5watt sahaja aku berjaya juga walau percubaan demi percubaan di lakukan dan akhirnya panggilan aku di jawab. Ini adalah satu kepuasan yang amat sangat walaupun signal report yang diberi kurang memuaskan disebabkan banyak qrm, tapi aku berpuas hati bekerja dengan rig kesayangan ku ini.
terima kasih pada rakan-rakan yang banyak memberi semangat pada ku...dan insyaallah petang ni kita cuba lagi...
zam9w2icq.73
terima kasih pada rakan-rakan yang banyak memberi semangat pada ku...dan insyaallah petang ni kita cuba lagi...
zam9w2icq.73
Thursday, June 3, 2010
9M4RBB
untuk info kepada rakan-rakan yang melalui kawasan utara ini atau yang sedang merancang melalui kawasan utara bolehlah mengakses ke repeater 9M4RBB dengan frekuensi yang baru iaitu 145.7375 tone 103.5 dan minus 0.600. semoga perjalanan anda akan bertambah lancar dan selamat hendaknya.
wassalam -zam9w2icq.
wassalam -zam9w2icq.
Wednesday, May 5, 2010
QRP SET.
Saja kebetulan aku teringin nak bertukar angin daripada 2m kepada 10m, dalam kotak fikiran aku ini tertanya-tanya seronok ka main radio ini....pasti seronok la...kalau tak takkan aku nak ambil lesen kot dan berhabis beribu ringit beli itu ini semua pasai radio saja...
namun setelah aku bertemu dengan seorang rakan dari kedah , soalan aku terus terjawab apabila rakan tersebut berkesudian melapangkan masa menunjuk ajar aku berapa seronoknya main hf ni terutama kat 10m.
yer la..dalam AA ada memberi kepada kita untuk mempergunakan 10m band tapi sekiranya tidak digunakan adalah amat ruginya kita.....so dalam pada aku tertanya -tanya set apakah yang sesuai untuk aku sebagai permulaan dalam mencari pengalaman baru ini , jadi aku diberi cadangan supaya mengambil qrp rig jenis yaesu ft817 kerana menurut beliau itu adalah set yang terbaik buat masa kini dan senang dibawa kemana saja.
dengan kuasa pancaran 5w sahaja rasanya sudah cukup untuk aku sekiranya aku dapat set up satu antenna yang bagus untuk aku gunakan.
jadi aku masih menunggu rig idaman aku tu sampai semoga rakan-rakan aku tu nanti jangan meleleh air liur bila nampak set baru ku ini masa eyeball nanti, jom pakat -pakat monitor 10m hehehe...
Tuesday, February 9, 2010
RAE RESULTS
Tu dia dah keluar rupanya results hari ini, emm..mesti ada yang ceria , geram, kecewa rasa tak mau main radio dah dan juga macam- macam rasa lagi yang tak di nyatakan disini.
Tapi ini semua adalah lumrah bagi setiap kali result rae keluar , perasaan yang macam2 ada ini memang tak boleh control punya namun sekiranya anda sudah lulus dan bakal mempunyai 9w2 maka janganlah anda lupa dari mana anda bermula.
Maka lepas ni makin bertambah lah jumlah rakan -rakan ham di malaysia ini. Untuk rakan -rakan yang gagal dalam percubaan kali ini, janganlah anda tertekan kerana peluang masih tersedia buat anda sebab gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya kerana anda masih boleh bangun untuk cuba dan cuba lagi.
Apa pun tahniah sekali lagi buat rakan - rakan yang lulus dan yang kurang bernasib baik boleh hantar lagi borang permohonan dan sekiranya ada kelas yang di anjurkan seboleh- bolehnya lapangkan lah masa anda untuk menghadirinya sebab banyak ilmu yang dapat kita pelajari disana sebab malu bertanya sesat jalan..wassalam...zam9w2icq-73
Monday, January 25, 2010
RAE DATANG LAGI
21JAN01 – Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010
21 January 2010
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the first series of Radio Amateur Examination (RAE) and the Morse Code Test (CW) for the year 2010.
The Morse Code Test (CW) will be held at 10.00 a.m. on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Applications close at 5.00 p.m. on 5 February 2010.
The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 p.m. on 14 April 2010 at locations in the Northern and Central Regions of Peninsular Malaysia. Applications close at 5.00 p.m. on 12 February 2010.
Thursday, November 5, 2009
antenna astra @kaki biawak
lama juga tak menjenguk kedalam blog aku ni, maklum lah sibuk dengan tugasan saltmine.


namun dalam sibuk -sibuk aku ni sempat jugalah aku mencuba satu jenis antenna yang suatu masa dulu amat popular di kalangan rakan-rakan radio iaitu antenna astra ataupun kaki biawak.
setakat mana popularnya tu tak tau pulak sebab tak ditulis ratingnya berapa tapi memang berbaloi dan senang untuk di buat.
gambar dan diagram ini saya dapat daripada salah seorang rakan ham kita iaitu 9w2wtf dan banyak info yang saya dapat dari dalam blog beliau.
untuk anda yang tercari-cari antenna apa yang ingin cuba di brew kan, cuba lah yang ini dulu sebab murah dan mudah ,. 73
Subscribe to:
Posts (Atom)


