CQ.CQ

Sunday, November 23, 2008

jenis gelombang

PENYEBARAN GELOMBANG BUMI(Ground Wave Propagation)Penyebaran gelombang bumi melibatkan pemancaran isyarat radio di sepanjang atau berhampiran dengan permukaan bumi. Isyarat gelombang bumi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;a. Gelombang Terus (direct wave)b. Gelombang Pantulan (reflected wave)c. Gelombang Permukaan (surface wave)a. Gelombang TerusIa bergerak dari satu antenna ke antenna yang lain yang dikenali sebagai jarak pemancaran atau “line of sight mode”. Jarak maksimumnya bergantung kepada ketinggian antenna dari paras tanah. Semakin tinggi antenna, semakin jauh jarak pemancaran isyarat radio. Oleh kerana isyarat radio bergerak di udara, banyak halangan seperti puncak bukit akan menghalang dan melemahkan isyarat berkenaan. Bagi antenna yang ketinggiannya 10 kaki dari paras tanah, jarak pemancaran maksimum adalah dianggarkan sekitar 5 batu atau 8 km.b. Gelombang PantulanGelombang ini terhasil oleh isyarat radio yang dipancarkan ke antenna penerima memantul ke bumi. Maka, gabungan gelombang pantulan dengan gelombang terus dikenali sebagai gelombang angkasa (space wave).c. Gelombang PermukaanGelombang ini bergerak di sepanjang permukaan bumi. Ia juga dikenali sebagai perhubungan gelombang bumi. Gelombang permukaan bergantung kepada jenis-jenis permukaan bumi di antara kedua-dua antenna. Permukaan bumi yang baik pengalirannya seperti permukaan air laut mampu menyebarkan isyarat radio dengan lebih jauh lagi. Tetapi, bagi permukaan bumi yang tidak sesuai seperti permukaan berpasir atau beku berais, jarak penyebaran isyarat radio adalah dekat. Jarak liputan bagi gelombang permukaan ini juga akan merosot jika permukaan bumi itu ditumbuhi tumbuhan hijau atau kawasan bergunung-ganang.