CQ.CQ

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.

'Kemana menghilang,dah tak mau main radio dah ka " hehe itu adalah pertanyaan biasa apabila berjumpa dengan rakan -rakan radio. Untuk info rakan-rakan, bukan sudah merajuk ataupun sudah hilang minat dalam dunia radio amatur ini, cuma masa yang tak mengizinkan untuk turut serta dalam aktiviti yang dirancang rakan-rakan.
Kebanyakan masa banyak dihabiskan di saltmine dan masa yang ada untuk dunia ham hanyalah boleh untuk sekadar monitor di frekuensi sahaja. Insyaallah mungkin sedikit masa lagi aku akan kembali aktif di 10m bersama dengan ND LALA kesayangan aku, sudah lama tak memancar di 10m rindu  pula dengan bunyi qrm .
Nampak gayanya di 10m sekarang ni sudah menunjukkan ramai peminat yang ingin mencuba dunia tanpa sempadan, Syabas..nanti saya akan join anda semua selepas urusan kerja saya kembali berjalan seperti sedia kala..
Jadi sempena Bulan yang penuh keberkatan ini ,ingin saya memohon maaf andaikata ada tersalah atau terkasar bahasa semasa qso atau didalam penulisan blog ini.

Sekian 9w2icq 73.

Wednesday, September 21, 2011

Lama tak update kat sini.

Nampak gayanya macam 10m akan membuka semula dalam minggu ini. sebab dalam minggu ini banyak stesyen yang pile up . Harap-harap dalam minggu ini  ,propagasi akan membuka lagi sebab dah lama tak cq..cq kat 10m.
aku masih sama dengan set qrp ku ini. dan mungkin hujung tahun ini aku akan qsy ke tempat kerja yang baru di 9m6 land , insyaallah jika ada rezeki.
jadi untuk semua peminat 10m, tak kisah lah qro atau qrp jom pakat -pakat cq dx.

73

Monday, April 11, 2011

10m membuka semula...

salam satu malaysia semua,..agak lama tak posting didalam ni. bukan sebab tak mau main radio dah, cuma agak sibuk dengan urusan kerja yang mana memerlukan sepenuh perhatian bagi menjayakan projek yang akan datang tidak lama lagi.
walaupun dalam kesibukan harian namun 10m tetap tak dilupakan, yang menambahkan keseronokan di 10m sekarang ni adalah di mana -mana frekuensi semuanya berpenghuni..itu yang seronok tu..
jadi kepada mana - mana rakan yang ada mempunyai keupayaan untuk memancar di 10m cuba-cubalah..pasti seronok.   hehe  selamat memancar semua..9w2icq 73.

Monday, August 2, 2010

10m telescopic antenna

Ermm, bertambah lagi accessory untuk qrp set aku ni. Terima kasih kepada 9w2di memperkenalkan antenna ni kepada aku dan terima kasih juga kepada rakan ku 9w2bzi yang sudi menolong aku memesan antenna ini.
Sebenarnya  ada juga terdetik di dalam kotak fikiran ku sebelum ini tentang telescopic antenna ini cuma tak yakin samada wujud atau tidak di pasaran.

Dan akhirnya 9w2di memperkenalkan antenna yang memang aku dok cari selama ini. Jadi ini adalah pelengkap kepada qrp set FT817nd ku dan dxing yang  pertama menggunakan antenna telescopic ini akan ku jalankan di langkawi iaitu hari yang sama berlangsungnya JOTA. Ku harap antenna ini tak akan menghampakan tuannya dan jika berjaya maka sejarah akan tercipta dalam dunia qrp khasnya sebagai pembakar semangat untuk rakan-rakan ham yang baru nak kenal dengan dunia qrp ini

bukti, qrp memang boleh....

Salam satu malaysia semua, haa..yang ditunggu telah pun tiba bukti qsl yang membuktikan bahawa qrp memang boleh..sekiranya anda yakin boleh.
Hari ini aku telah terima 2 keping qsl card , satu daripada 9W2ESM bang sham di Johor dan satu lagi dari Mr Tada JA1FIO dari Jepun..

Sepenuh kepercayaan ku berikan kepada FT817nd aku ini dan akhirnya terbalas jua dan kepuasan sudah mula dirasai di 10m ini walaupun agak mencabar dengan qrp set aku ini. Berbekal kan antenna homebrew delta loop dan juga ketinggian lebih kurang 50 kaki akan ku teruskan lagi penjelajahan ku di dalam dunia qrp ini. So kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari atau masih dok pening nak beli yang mana satu, saya syorkan kepada anda bahawa set qrp ini memang berbaloi.

Jangan sesekali anda menyesal dengan apa yang anda miliki dan mengutuk apa yang anda tak dapat miliki, sebaliknya cuba menghargai apa yang dah dimiliki nescaya hidup anda akan tenang dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

QRT 73.

Monday, July 26, 2010

RAE DATANG LAGI.

Salam satu malaysia semua warga ham radio, nampak gayanya RAE kali ketiga kembali lagi walaupun keputusan RAE yang lepas belum di keluarkan namun di atas sebab sambutan baik yang ditunjukkan oleh peminat hamradio di kawasan utara dan malaysia amnya maka peperiksaan akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.


Ini adalah satu perkembangan yang positif jika di bandingkan dengan rakan -rakan yang lebih lama bercallsign di mana mereka lebih mengalamai jerih dan pedihnya ketika hendak mengambil RAE, mana tidaknya ...peperiksaan di adakan cuma dua kali setahun dan jika gagal terpaksa menunggu lagi enam bulan untuk mengambil semula RAE semula..Uhhh perih rasanya


Namun dihati saya terdetik satu soalan, " sudah bersediakah mereka ini untuk mengambil RAE,..adakah mereka akan menjadi seorang ham yang berkualiti daripada menjadi ham yang berkuantiti.." apapun semua ini di atas diri masing -masing ibarat tepuk poket tanya selera....


kepada rakan swl yang akan mengambil RAE,...cuba anda pikirkan kembali, siapakah anda sebelum ini, siapakah yang telah bersusah payah untuk anda supaya  anda sampai disini...siapakah guru anda ,...supaya selepas ini anda tidak akan lupa dimana anda bermula....



Apapun selamat menjawab soalan dan jangan lupa tarikh tutup adalah pada 13 ogos 2010 dan tarikh peperiksaan adalah pada 06 okt 2010.


cherrio...73

Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010

Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala
HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).

Saturday, July 3, 2010

DIAGRAM FOR YAGI UDA

Salam satu malaysia untuk semua pembaca, agak qrl kebelakangan ini disamping keringnya idea dan tak tahu nak tulis apa lalu aku terpandang satu diagram yang agak simple dan murah.
lalu aku bersama seorang rakan dan seorang guru telah sepakat untuk mencuba diagram ini...lalu terhasil jua apa yang dikatakan yagi ini...kerana sebelum ini aku belum pernah berpeluang menggunakan sebarang antenna yagi untuk pemancaran.
kepada cikgu ruzi...terima kasih yang tak terhingga kerana sudi berkongsi pengetahuan dan juga peralatan serta tenaga bagi membantu rakan-rakan yang dahagakan ilmu seperti kami ini.

inilah hasilnya setelah siap dan cuma tunggu untuk ujian pemancaran sahaja...untuk info rakan-rakan bacaan pada swr adalah 1.1... dan amat berbaloi untuk dicuba bersama kawan-kawan seperti kata pepatah" bukan ham jika tanpa homebrewnya"..sekian zam9w2icq..happy homebrew and happy dxing...73