CQ.CQ

Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010

Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala
HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).

No comments: