Monday, July 26, 2010

RAE DATANG LAGI.

Salam satu malaysia semua warga ham radio, nampak gayanya RAE kali ketiga kembali lagi walaupun keputusan RAE yang lepas belum di keluarkan namun di atas sebab sambutan baik yang ditunjukkan oleh peminat hamradio di kawasan utara dan malaysia amnya maka peperiksaan akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.


Ini adalah satu perkembangan yang positif jika di bandingkan dengan rakan -rakan yang lebih lama bercallsign di mana mereka lebih mengalamai jerih dan pedihnya ketika hendak mengambil RAE, mana tidaknya ...peperiksaan di adakan cuma dua kali setahun dan jika gagal terpaksa menunggu lagi enam bulan untuk mengambil semula RAE semula..Uhhh perih rasanya


Namun dihati saya terdetik satu soalan, " sudah bersediakah mereka ini untuk mengambil RAE,..adakah mereka akan menjadi seorang ham yang berkualiti daripada menjadi ham yang berkuantiti.." apapun semua ini di atas diri masing -masing ibarat tepuk poket tanya selera....


kepada rakan swl yang akan mengambil RAE,...cuba anda pikirkan kembali, siapakah anda sebelum ini, siapakah yang telah bersusah payah untuk anda supaya  anda sampai disini...siapakah guru anda ,...supaya selepas ini anda tidak akan lupa dimana anda bermula....



Apapun selamat menjawab soalan dan jangan lupa tarikh tutup adalah pada 13 ogos 2010 dan tarikh peperiksaan adalah pada 06 okt 2010.


cherrio...73

1 comment:

Anonymous said...

Salam tumpang lalu....ehhh...ayathebat dan power...kea masyuk jadi pensyarah USM