CQ.CQ

Monday, August 2, 2010

bukti, qrp memang boleh....

Salam satu malaysia semua, haa..yang ditunggu telah pun tiba bukti qsl yang membuktikan bahawa qrp memang boleh..sekiranya anda yakin boleh.
Hari ini aku telah terima 2 keping qsl card , satu daripada 9W2ESM bang sham di Johor dan satu lagi dari Mr Tada JA1FIO dari Jepun..

Sepenuh kepercayaan ku berikan kepada FT817nd aku ini dan akhirnya terbalas jua dan kepuasan sudah mula dirasai di 10m ini walaupun agak mencabar dengan qrp set aku ini. Berbekal kan antenna homebrew delta loop dan juga ketinggian lebih kurang 50 kaki akan ku teruskan lagi penjelajahan ku di dalam dunia qrp ini. So kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari atau masih dok pening nak beli yang mana satu, saya syorkan kepada anda bahawa set qrp ini memang berbaloi.

Jangan sesekali anda menyesal dengan apa yang anda miliki dan mengutuk apa yang anda tak dapat miliki, sebaliknya cuba menghargai apa yang dah dimiliki nescaya hidup anda akan tenang dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

QRT 73.

No comments: