CQ.CQ

Monday, July 26, 2010

RAE DATANG LAGI.

Salam satu malaysia semua warga ham radio, nampak gayanya RAE kali ketiga kembali lagi walaupun keputusan RAE yang lepas belum di keluarkan namun di atas sebab sambutan baik yang ditunjukkan oleh peminat hamradio di kawasan utara dan malaysia amnya maka peperiksaan akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.


Ini adalah satu perkembangan yang positif jika di bandingkan dengan rakan -rakan yang lebih lama bercallsign di mana mereka lebih mengalamai jerih dan pedihnya ketika hendak mengambil RAE, mana tidaknya ...peperiksaan di adakan cuma dua kali setahun dan jika gagal terpaksa menunggu lagi enam bulan untuk mengambil semula RAE semula..Uhhh perih rasanya


Namun dihati saya terdetik satu soalan, " sudah bersediakah mereka ini untuk mengambil RAE,..adakah mereka akan menjadi seorang ham yang berkualiti daripada menjadi ham yang berkuantiti.." apapun semua ini di atas diri masing -masing ibarat tepuk poket tanya selera....


kepada rakan swl yang akan mengambil RAE,...cuba anda pikirkan kembali, siapakah anda sebelum ini, siapakah yang telah bersusah payah untuk anda supaya  anda sampai disini...siapakah guru anda ,...supaya selepas ini anda tidak akan lupa dimana anda bermula....



Apapun selamat menjawab soalan dan jangan lupa tarikh tutup adalah pada 13 ogos 2010 dan tarikh peperiksaan adalah pada 06 okt 2010.


cherrio...73

Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010

Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala
HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).

Saturday, July 3, 2010

DIAGRAM FOR YAGI UDA

Salam satu malaysia untuk semua pembaca, agak qrl kebelakangan ini disamping keringnya idea dan tak tahu nak tulis apa lalu aku terpandang satu diagram yang agak simple dan murah.
lalu aku bersama seorang rakan dan seorang guru telah sepakat untuk mencuba diagram ini...lalu terhasil jua apa yang dikatakan yagi ini...kerana sebelum ini aku belum pernah berpeluang menggunakan sebarang antenna yagi untuk pemancaran.
kepada cikgu ruzi...terima kasih yang tak terhingga kerana sudi berkongsi pengetahuan dan juga peralatan serta tenaga bagi membantu rakan-rakan yang dahagakan ilmu seperti kami ini.

inilah hasilnya setelah siap dan cuma tunggu untuk ujian pemancaran sahaja...untuk info rakan-rakan bacaan pada swr adalah 1.1... dan amat berbaloi untuk dicuba bersama kawan-kawan seperti kata pepatah" bukan ham jika tanpa homebrewnya"..sekian zam9w2icq..happy homebrew and happy dxing...73